Monday 11 November 2013

bila lelaki dah betul2 sayang

1. Selalu ingin berjumpa kita 
2. Dia akan mendengar dengan teliti apa yang ingin disampaikan oleh kita
dan akan ingat apa yang kita telah katakan kepadanya
 
3. Selalu pandang kekasih mereka tepat pada mata
 
4. Sentiasa bercakap mengenai masa depan hubungan mereka, kalau boleh memang ingin sampai kahwin *well sape tak nak kan kahwin dengan orang yang dicintai
 
5. Selalu bertanyakan khabar kita walaupun busy, paling kurang dia akan menelefon kita atau menghantar mesej 1 kali sehari atau 3 kali seminggu.
 
6. Akan cuba menyukai apa benda yang kekasihnya sukai, seperti musik, makanan, minuman dll
 
7.  Akan memberitahu apa yang dia sukai tanpa kita suruh
 
8. Kadang-kadang perangai mereka boleh jadi kebudak-budakkan demi melihat kekasihnya tersenyum atau ketawa
 
9. Cakap banyak lebih dari kebiasaannya bila dengan kita
 
10. Akan memperkenalkan ahli keluarganya atau kawan rapat mereka pada kita walaupun melalui gambar
 
11. Memberikan layanan yang berbeza dari kawan mereka contohnya bercakap dalam nada yang tak tinggi, lebih gentleman..
 
12. Selalu ada masa untuk kita, kalau tiada pun mereka akan cuba meluangkan masa pada masa yang lain..
 
13.  Tidak menyebut nama perempuan  lain di depan kekasihnya sebab bagi mereka wanita yang terpenting dalam hidup mereka sudah ada di depan mata
 
14. Selalu memberikan kejutan yang kita tak pernah terfikirkan.
 
15.  Bersifat lebih natural dan bersahaja
 
16.  Bersifat melindungi, tak kiralah kalau berjalan bersama dia pasti akan memastikan kita berada di sisi kita
 
17. Jika dia betul2 sayang, dia akan berusaha mengubah diri mereka menjadi yang terbaik untuk pasangannya.
 
18. Dia memberikan tudung pada kekasih mereka jika mereka kekasih mereka free hair, sebab mereka  tak nak diri kekasih mereka menjadi tayangan umum. *optional
19.  Akan berusaha mengekalkan sesebuah perhubungan, mereka mungkin akan mengalah walaupun itu bukan salah mereka kerana tidak mahu pergaduhan itu berterusan.
 
20. Sanggup berbelanja untuk kita, selalunya bila keluar bersama dialah yang keluarkan duit, alik2 dia juga yang pokai :P
 
21. Dia tahu apa yang kita suka dan tak suka walaupun kita tak beritahu, mereka akan berusaha mengambil tahu sendiri
 
22. Tiada rahsia diantara dia dan pasangan, dia beritahu semua perkara sebab dia percayakan kita sepenuhnya
 
23. Bertindak spontan seperti memberikan sentuhan fizikal.
 
24. Dia akan menyimpan lebih kurang satu gambar kita  dalam fon mereka
 
25.  Selalu menyuruh kita menjaga diri kita dan kesihatan sebab dia tak nak kita jatuh sakit
 
26. Bila kita sakit, dia mungkin akan mendapatkan ubat untuk kita
 
27.  Dia menghormati pendapat kita
 
28. Dia tidak kisah dengan kisah silam kita dan menerima kita seadanya
 
29. Dia akan mengatakan i love you atau saya sayang awak walaupun memang jarang mendengar mereka menyebut ayat ini.
 
30. Merelakan diri mereka dicubit, ditumbuk atau disentuh oleh kekasih mereka tanpa mengelak dan mereka akan terima dengan gelakan.
 
 
 
31. Bila kita bersedih mreka juga akan merasakan kesedihan kita
 
32. Selalu memuji kita contohnya : awak cantik lah hari ni :*
 
33. Akan berusaha membuatkan kita memberikan perhatian padanya.
 
34. bila dia betul-betul sayang, dia akan berusaha mencari kita walau sejauh mana kita mengelak darinya kalau boleh dia tak nak lepaskan kita pergi walau apa terjadi.
 
35. Sentiasa bersabar dengan karenah kita
 
36. Tidak rela melihat kekasihnya bersama dengan lelaki yang tidak dikenali, mungkin akan timbul perasaan cemburu dalam hati mereka.
 
37. Suka meluangkan masa bersama-sama
 
38. sentiasa senyum gembira bila kita berada di sisinya
 
39. Paling penting kita dapat merasai dia sayangkan kita melalui cara layanan mereka terhadap kita

copypaste je ^^

Sunday 15 September 2013

''. . . .'' ♥

assalamualaikum 

ya Allah kau ampunilah dosa-dosaku, dosa kedua ibu bapaku dan umat Islam yg lain 
sesungguhnya kami hanya manusia biasa yg tak terlepas dari melakukan kesilapan
panjangkanlah umur kedua ibu bapaku
sayangilah mereka sebagaimana mereka mengasihiku semasa ku masih kecil
diri ini amat menyayangi mereka lebih dari segalanya :')

mom dad , me love you so much 

Friday 30 August 2013

#raya #karoke

assalamualaikum 
lama tak update blog nyh (:
hari tu pegi raya umah cikgu razak
best ouhh 
sedap sangad2 orang rumah cikgu masak , hehew
nasi arab+sambal ayam+ayam goreng+ayaq asam
perghh ! sedap . nak nak lagi :D
lepas pwot kenyang , g karoke kat tesco lak 
~lalalala~

yummm yummm

me in yellow scarf and aliya :)

my sweet friends :)

taman jubli . love this pic so much :*

tesco time

wahaaha banyaknya gambar !
love yaa !
done . k bye (:

Saturday 18 May 2013

bercinta atau bff ?

assalamualaikum , hye 
bercinta atau bff ?
mana satu hampa pilih ?
owg selalu kata , 'kawan lain , kekasih lain'
apa2 pun berkawan baik lebih okayy dr bercinta
sebab kalau bff nyy payahh la nk gaduh sbb hal remeh temeh nyy
pernah dengar kan
'frienship never ends'
be crazy and laugh and bored together , yeeehaa !
lain pulakk dgn bercinta
silap sikit mula laa merajuk , lepas tu kalau dah clash pulak tadanya nak bertegur sapa dah , betoi dak ? :)
tapi ada sesetengah tu yg masih berkawan walaupun dah clash , kira okayy laa tu 
tapi susah nak jumpa kann >,<


*teringin nak ada kekasih yg boleh dianggap macam bff 
dialah cinta dialah kawan baik !
HAHA , mimpi je lahh mashi oytt :D
ouchh ! tapi dr bff menjadi kekasih tu macam mana pulak ?
mmg payah nak jangka hati & perasaan owg nyy
lastlyy , kalau hampa yg ada kekasih dan bff pada masa yg sama tu 
be carefull yaa ! hewhew ♥

Saturday 11 May 2013

STPM countdown


BELIEVE YOU CAN AND YOU WILL 
INSYAALLAH


lagi 10 hari Ya Allah 
tapi rasa cam tak study apa ponn lg , huhu
haish2 ! >,< -BE POSITIVE-

*good luck for me and friends
and please pray for us
assalamualaikum and tataaa