bab aktiviti dia tuff ! tak caroii , tak bosan , hee
masa kolah dulu ak masuk KRS
kononnya cita2 nak jadi tentera : darat.laut.udara.
uniform dia semard kot , sebab tu ak suka ♥
>terkenang zaman kem<
>zaman kena dera<
tengok la sat gambaq bawah nyh
tu kan = wajah2 keletihan+kegelapan
lokasi : KEM SINGKIR
~rela dipimpin untuk memimpin~
gambaq di atas nyh kem tahun lepas 2011 kat KEM SINGKIR
ada 30 buah kolah daerah KMY yg ikot kem nyh
depa bahagi 20 group , setiap group dalam 20 owg. . ak dalam group ke10 , dimana ak kenal dgn si 'dia'(juz friend) :D
memang syiok laa g kem nyh , dapat kawan baru , pengalaman , ikhtiar hidup
balik2 tuu memang burn gila r muka kan , sampai ramai owg tegur >kegelapan<
tapi kami tak peduli! sebab kami bukan jenis jaga muka sangat! tak suka aih make up2 nyh. . eeuww!geliii. muka kami ori , haha. no make up ♥
hampa tau pernah kegelapan macam kami ka ? :D
apa yg ak suka sangat p kem nyh ?
ak suka kena dera! memang meluat toi , tapi syiokk! >pengalaman< :)
ingat lagi masa p kem ...........
tengah syiok tidoq dalam khemah uw , dengan LETIH kawad sana sini. . tiba2 ja depa bunyikan siren, mak aih punya la kuadd! pukul 3 pagi lebih , kami kena gerak siap kena kemas beg lagi uhh. dahla bagi masa 5 minit ja! bayangkanla hampa diganggu time tidoq yg enak dibuai mimipi. . errr , memang meluat! haha :P
kononnya sowh kemas beg bab nak pindah kem , bab satgi ada ribut nak mai. . rupa2nya muhong ja! haha. >geram kot<
last2 depa sowh p tdoq balik. . kami takut tragedi yg sama berulang kembali , so pakat2 tdoq tak lena la malam tuu , tidoq dgn tak buang full uniform sekali dgn boot! memang TERBAIK!haha
ada lagi yg bestnya♥ ♥! ada yg kena rendam dalam air taik un ada , haha :D
gayut can tarzan , monyet un ada. . kena jalan dlm sawah padi , memang habis belemoih la
kena ketuk ketampi tepi jalan raya un ada bab sesat masa aktiviti pandu arah. .owg lalu pakat usha ja. buad muka tak malu ja time tu! haha
ada lagi yg tersesat kat kebun sapa ntah. . jumpak dgn lembu sekoq nyh , tengah meragut yumm3.. bila kami lalu ja lembu tu usha pelik smbil wt muka marah. . . >masuk kawasan dia la kott kan< . . then semua pakat tengok hang , tengok ak laa >ketaq!< haha.. nasib baik la ketua group kami yg macho tu berjaya menenangkan lembu tu . kekeke :D
yg ak paling suka tang jalan malam 20km. . bukan jalan sgt , lari ja banyak bab nak menang kan. of coz! last2 dapat number3 , hepy gila weyh! bukan senang :D. . ak un tatao npa ak semangat lari time tu , maybe bab ada 'dia' kot, hehe.. best2 lari sama2 ngn dia smbil borak2 ngn 'dia'.. waaaa ♥
sebenarnya banyak g nak cita tapi malas nak taip!
dah la tu update sikit2 , malas dah aih nak entry panjang berjela , cemuihh !
nyh kejadian kelmarin tapi baru hari nyh nak update
malas punya pasai ! hik3
semalam hampir2 nak g date ngn kawan lama satu kolah dulu a.k.a musuh ketad ak masa form3
tapi tak jadi sbb masing2 ada hal. . nasib baik =.=''
haha ! tu la kan tapi dulu ja musuh skg dah kawan dah
ingat lagi time tu ak conteng dinding kolah tulis nama dia. . tulis yg buruk2 laa. >vandalisme< of course! ahakz :D >p/s:dulu la<
lagi satu pantang jumpa mesti saling memaki hamun!
sekali dgn masriah dgn asma, depa un terlibat haha
memang muka tak malu betol time tuu. .
ada sekali tu time nak exam,, pagi tu,, masuk2 kelas ada nama ak kat papan hitam,, dgn tulis mencarott pasal ak. . ntah apa2? terencat kot , haha! mmg geram plus plus gila time tu
dah la nak exam kann. . pastu buad lak ada benda yg buad ak bengang, malu un ada sikit, tapi nasib baik budak kelas ak buad dekk ja :3
tapi yg nyh ak tatao sapa yg buad. . biarlaa hanya Allah tahu :)
puncanya tak dapat dikenal pasti
>gaduh budak2 time zaman kolah<
kenangan tu , hampa ada ? kekekeke!
>buad terokk sat<
pas tu kami lost contact, lama jugak laa
jumpak balik un dalam 'facebook' tahun lepas 2011 :)
pendek cerita... masing2 dah mintak maaf dan barbaik2 dah
alhamdulillah~
dah2 tamao ingat dah kes gaduh kecik2 tuu
kami dah berdamai laa , lagi pun tak guna nak masam muka lama2 kan
>buang yg keruh ambil yg jernih :)<
dia pun dah berjaya laa ny , jadi polis , wahhh ! congrat yaa kawan
ak nyh tatao lagi laa jadi apa. . tapi cita2 ak yg utama nak jadi anak yg solehah dan mengenang jasa ibu bapa
insyaAllah.. amin~~
temenung di saat ku mengenangkan mu
>cam gambaq kat atas nyh laa ak time nyh<
sedih sangat2 , bawak hati , bawak diri jauh2 , jauh dari semua orang , tak mau di ganggu sapa2 pun
>sorry<
maybe ny salah ak jugak. . ak cakap ikot sedap mulut ja kann
terlajak perahu bolah diundur , terlajak kata buruk padahnya :'(
huhu , asyik sedih jer , pe cita ny huhuhu. . tada lah tiap2 hari ak sedih , cuma kadang2 tu jaa , yela kan manusia mana ada yg sempurna sangat kann
>if life is meant to be happy just enjoy your life<
nak enjoy pun biar berpada-pada keyh ? jangan sampai lupa dunia ;)
Cantiknya seorang lelaki tu bukan pada rupa fizikal tapi pada murni rohaninya . Lelaki yang cantik :
>Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan buat perempuan
>Lelaki yang sedia menerima segala teguran
>Lelaki yang memberi madu , setelah menerima racun
>Lelaki yang tenang dan lapang dada
>Lelaki yang baik sangka
>Lelaki yang tak pernah putus asa
* Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati . Seluruh kecantikan yang ada pada Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki .
Kegagahan seorang wanita pula bukan terletak pada pejal otot badan , tapi pada kekuatan perasaannya. Perempuan yang gagah :
>Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
>Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
>Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan
>Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginannya
* Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman . Seluruh kegagahan yang ade pd Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan .
"Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan seseorang dan kemudian mereka menarik ruhnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai ke lutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain yang masuk dan menarik ruh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Kemudian datang pula satu kumpulan malaikat yang lain, masuk dan menarik ruhnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik ruh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."
sesungguhnya ajal itu semakin dekat dengan kita dan mengintai kita setiap saat. . bagi seorang hamba Allah ajal bukanlah sesuatu yg digeruni malahan ianya sesuatu yg ditunggu :)
apapun, setiap yang hidup pasti akan mati. . malaikat maut sentiasa mengunjungi kita setiap hari dan waktu. . namun begitu, selagi belum tiba waktunya yg ditetapkan, nyawa kita tidak akan di ambil, tidak mungkin lewat atau cepat walau sesaat. . semuanya sudah tertulis buat kita. . saat, minit, jam, hari, minggu, bulan, tahun. . tepat sekali perhitungan-Nya. . >subhanallah<
Allah tidak pernah memberitahu hambanya bila Dia akan mengambil nyawa mereka. . alangkah seronoknya kita sebagai manusia jika kita tahu bila kita akan mati. . ada hikmahnya Allah tidak memberitahu kita semua. . :)
kita perlu bekerja bagaikan kita akan hidup 1000 tahun lagi , dan beribadat bagai esok kita akan mati. . .
>utamakan bekalan untuk hari mati<
mati itu pasti tapi hanya Allah yg tahu bila masanya~~ >insaflah<
bila mati seorang anak adam , semuanya akn terputus kecuali amal ibadat , sedekah jariah , ilmu yg bermanfaat dan anak2 yg soleh. .